Assalamualaikum...
Okay, ini punya entry adalah sambungan untuk kmpk 1, So, here we are guys! Petang itu dalam pukul dua den masuk bilik, kemaskan lagi apa apa yang patut. Settlekan mana yang tak sudah and apa apa jelah yang tak siap lagi kan. Tiba tiba dalam pukul tiga petang itu ada announce suruh semua student ada dekat dewan pada pukul lima petang dengan t-shirt kolej yang dia orang bagi masa nak ambik kunci bilik. Masa itu den dengan Bella je yang ada dalam bilik. Afikah, pergi dekat bilik kembar dia dekat blok lain. Asma? Heee.. Aci tak nak jawab tak tau. :P Memang tak tau pun. Dan reaksi kita orang bila dia announce suruh gathering dekat dewan pukul lima...
*what!!!
Seriously guys. Kita orang ingat minggu orentasi ni start waktu malam ke hapa ke lah kan sebab serious den cakap masa dalam perjalanan den nak naik bilik still ramai lagi yang tak daftar. Memang terkejutlah kita orang kan,nasib baik dia announced pukul tiga. Tapi bagi den dan bella yang tak boleh terima kenyataan mula merungut. Ehek! Yelah, for you all information, waktu asar dekat perak masuk lambat sikit berbanding dekat terengganu dalam pukul empat setengah keatas. Bella yang duduk dekat Taiping pun merungut. Hahaha.
Yelah, dah kena ada dekat dewan pukul lima petang, perjalanan dari blok ke dewan ambik masa lima minit i guess kalau tunggu orang. :P. Tapi kalau waktu asar masuk pukul empat setengah ke atas, masa yang diambil untuk sembahyang pun paling minimum sepuluh minit, so jawapannya? Pukul lima kita orang baru keluar bilik. Hehehe. Nampak tak dekat situ permainannya.? :P Tapi den pergi dekat dewan dengan my bestie dari sekolah, Syahirah. Bella pergi dengan Asma. Afikah pergi dengan kembar dia, Atikah.
Dan masa kita orang sampai dekat dewan, kita orang dikejutkan sekali lagi dengan keadaan dewan yang masa itu macam...... SADIN DALAM TIN! Langsung dalam hati kata macam macam. Dewan yang luas itu pun aku rasa macam eh, ni dewan ke tin sadin ni? Lagi satu yang buat mata kita orang terbeliak jugaklah dengan kehadiran budak lelaki yang boleh dikatakan suku daripada dewan. Dah kenapa budak laki sikit sangat? Dalam kepala itu punyalah ada banyak soalan yang tak terjawab ko. Tiba tiba adalah kakak kakak ajko ni suruh kita orang bergerak dekat tepi dewan dekat dengan kolam ikan tepi masjid. Dah kenapa banyak tepi pulak? Hahha.
Kita orang pun ikutlah arahan kakak ajko itu kan. Tapi mata masih liar cari tempat duduk dalam dewan sebab tak nak duduk dekat tepi dewan. Then, Tadaa!!! Ada! Dekat tepi pintu dan paling penting sekali, ada KIPAS ko! Hahaha. So apalagi? Den dengan besti den pilah duduk tempat itu. Syok? OF course sebab boleh meyandar tepi dinding. :P Kita orang pun dengarlah semua kata kata ajkos sampai satu moment yang buat kita orang tersedak ialah bila kakak and abang ajko ajko kata yang bilangan budak lelaki dekat kmpk memang suku dewan. Dan dia orang cakap situasi macam itulah yang kita orang akan dapat lihat masa dekat universiti nanti kalau diizinkan Allah untuk sambung belajar. In sya Allah. ( doakan yup.. ) Dan bemulalah kata kata kosong oleh kaum wanita ataupun lebih menyentapkan kaum lelaki kalau dengar dek dia orang which is
" Orang lelaki dah pupus eh? "
Hehehe. Sorry to say like that guys. Then, program itu habis dalam pukul enam petang kut, not sure sangat sebab dah lama dah. Lepastu pukul tujuh kena pergi masjid solat jemaah sama sama. Ha, boleh bayang tak macam mana keadaan bilik air masa itu ko? Beratur nak mandi. Nasib baik den dengan Bella mandi awal. Kalau tak, berjanggut den nunggu eh. :P Lepas habis je solat isyak, balik semula ke dewan sebab ada taklimat dengan fello semua bagai. Dan kali ini nasib tidak menyebelahi diriku sebab den kena duduk dekat tepi dewan dekat dengan kolam ikan sorang diri sebab my bestie, Syahirah dah terhumban dalam dewan .:P
Bila duk sorang sorang kan apalagi? Mengimbas kenangan bersama family lah jawabnya. Dah mula rasa rindu itu mengebu gebu ko! Rasa macam nak balik jugak masa itu. Dahla duk dekat luar dewan, so tak berapa dengar lah apa yang semua felo felo cakap. Badan pulak rasa tak berapa sihat. Lenguh satu badan. Tangan den rasa macam nak tercabut je. Den pun call my mom. My mom pun bagi lah nasihat bagia suruh makan ubat. Hati dah sebak sebab serius walaupun sekejap tapi rasa dah lama tinggal rumah.Mula rasa nak menagis. Tapi buat steady walaupun masa itu den menangis dalam diam sebab tak nak mak den risau. :')
*Umi, nak balik.. :'(
Lepas habis je program itu dalam pukul sebelas setengah malam, den balik sorang. Bila masuk try senyum dekat semua roomate sebab masa itu rasa memang tak sihat langsung. Rasa tangan ni macam nak tercabut je. Langsung tak salin pakaian apa, terus aku cari ubat, makan then.. Boom! Baring atas katil. Masa itu semua roomate tak tidur lagi, sebab dia orang kata panas. Then sorang je yang baring. Mungkin dia orang nampak kut aku tak berapa sihat langsung dia orang tanya. Den pun just angguk je lepastu dia orang suruh rest sebab dia orang kata muka aku pucat lesi. Apa apa pun malam itu aku tidur dengan linangan air mata dan rasa rindu yang membuak buak terhadap my parents. Sobs. :'(
*Kalu singa ni pun ridu parents dia, apatah lagi den.. :'(
#tobecontinue #panjangsangat #taklaratnaktaip #thanks #byebye #seeyousoon #salamukhuwah
#Assalamualaikum
Next please. Bhaha. Best :)
BalasPadam