Jumaat, 23 Mei 2014

KMPK 1... :)

Assalamualaikum!

Dah lama dah tak hupdate blog ni. Eheh! padahal baru seminggu je.Betul ke seminggu? Apo2 jolah.Sorry yup lambat hupdate blog, den busy tengok citer online. :P Ha! Hari ini punya entry berkisarkan kehidupanku di Matrik Perak ataupun lebih dikenali sebagai KMPK. :) Tapi yang ni kalau nak tahu jalan cerita memang by part saya buat sebab panjang terlebih kalau dirangkumkan dekat satu page je yang besar kemungkinan boleh jadi cerpen kalau korang baca nanti. Dah apa yang aku merepek ni? Ha! Elok jugak lah masa ni den upload pasal kmpk  sebab 25/5 ( tak tau betul ke tak tarikh ni ) semua budak2 yang terpilih masuk matrik akan daftarkan diri. So, my little advice tolong bertahan semasa minggu mppb ye adik adik. :)

*please be strong. :P

Okay! Tanggal 27/5/13 adalah hari yang boleh dikatakan pilu jugak lah bagi saya sebab selama 17 tahun bernafas dekat bumi ini tak pernah berpisah dengan keluarga. Kalau pergi kem dekat sekolah pun paling lama 3 hari. Tapi tarikh ni buat den rasa sedih gila kut! Yelah for the first time duduk jauh dari keluarga selama setahun. Apa? Setahun je? Hahahaha. Percaya lah cakap den, bagi orang yang duduk dekat dengan matrik perak memey kompom lah kata sekejap je sebab korang boleh jumpa family. Tapi yang jauh ni rasa bagai setahun tu macam bertahun tahun lamanya tau! Hiperbola? taklah. Ni realiti. :)

*yea! Enjoy this journey babe! :P

Okay, here you are. Firstly dalam pukul lapan pagi bertolak dari rumah mak sedara dekat kampar nak ke matrik perak ambik masa 30 minit. Ingatkan sikit jelah orang lepatu tak jammed lah kan sebab baru pukul 8.30. Tiba tiba sampai dekat  simpang jalan nak masuk matrik perak, Hamik kau! Jammed gila! dahla dari simpang itu nak masuk ke kmpk 4 km. apa? dekat? Memang lah dekat. Tapi kalau jammed perkataan dekat tu korang dah bawak keluar dari mind set korang dah tau! Yang ada dalam mind set korang nak tau apa? Ni ha

" Lambat lagi ke nak sampai? Jauhnya. Dah panas punggung aku duk dalam kereta ni ha."

Macam itulah perasaan den bila jalan jammed. Kalau jalan straight je tak pe tau, ni tak. Jalan bengkang bengkok bagai macam jalan dekat lerang bukit. Pulak itu, dan2 je kenderaan lain potong line. Lagi berasap den yang ada dekat dalam kereta. Sudahnya, sampai dekat pintu pagar matrik siap dengan parking sekali pukul sepuluh tepat! Tengok! 4km je. tapi amik masa satu jam setengah minit nak masuk dalam matrik tau. Bila siap parking je dekat padang, sekali lagi aku rasa nak terduduk jugak dekat padang itu. Sebab? Ramai giler budak nak daftar! Haaa! kalau macam ini pukul berapa bila sampai turn den nya? Nak tak nak aku kena jugak tempuh lah kan? So, dengan kaki yang berat nak langkah ni aku gagahkan jugak melangkah sebab nak daftar punya pasal lah kan. 

Tapi, Alhamdullilah Allah maha Mengetahui segala yang tersurat dan tersirat dekat dalam dunia ini.Bila je baru nak jejak kaki nak melangkah tiba tiba ada sebuah van ni dia suruh masuk. Mula mula blur, sebab tiba tiba je suruh masuk. Tapi bila ada senior ajko suruh masuk, den dengan satu family den masuk van tu kau! Hahaha! Kita orang je yang conquer you know! Tapi ada jugak lah orang lain. Cuma bilangannya sikit je daripada den dengan family den. :P

Nak dipendekkan cerita den habis daftar dah pukul sebelas. Thanks to Che Mus pemandu van yang sudi hantar saya dan keluarga ke bahagian pendaftaran. Ahaks! Bahasa skema. :P Lepas habis selesai daftar je, abang den je yang teman den pergi dekat blok kediaman sebab parents kena ada dekat dewan ada taklimat sikit. Bila amik kunci bilik, hamik ko! Tingkat tiga! Kurus aku! Hahaha. Disebabkan hari itu panas terik, so den pun amik keputusan beli air sebelum kita orang pergi amik barang den dekat kereta yang tengah parking dekat padang. Tengah2 minum air itu, timbul pulak rasa malas gila nak menapak dekat padang just nak amik barang. Jahat kan? So, den dengan abang den pun decide nak tunggu parents habis dengar taklimat lepastu suruh parents parking dekat kawasan blok kediaman. 

Sementara tunggu parents habis dengar taklimat kan, den pun decide nak pergi tengok bilik dulu. Memang betul dan tepatlah jangkaan aku yang aku akan kurus naik ke tingkat tiga ni sebab tinggi kut. Den masa first time naik nak cari bilik pun dah semput tau. Tapi apa2 pun still puas hati sebab kawasan bilik den itu memang cun kebabom lah! Depan bilik dah ada ampaian, nak pegi bilik air dua tiga langkah je, bilik sterika depan bilik air. Tak ke cun itu? Masa den masuk bilik, takde orang lagi. So, tak kenal lah roomate den lagi masa itu. Katil den depan sekali belah kiri pintu bilik. Lagi syok! Nak main menyorok pun boleh! Haha. Yelah, kalau orang nak cari den kena bukak pintu luas bagai nak rak dulu baru boleh jumpa den kalau den ada dekat atas katil. :P

Den pun turun balik pergi dekat tempat abang. Still tunggu parents sebab tak sudah lagi taklimat. Tunggu punya tunggu taklimat itu habis pukul dua belas ko! Parents cari parking dah sampai pukul dua belas setengah.Angkat barang pulak amik masa sepuluh minit. Masa den dengan family den naik, dah ada sorang roommate dah. Nabila namanya. Ehek! :P dia tengah sibuk susun baju dalam locker. Masa aku masuk, senyap je tapi ayah den buat heboh. Langsung Nabila pun heboh. Tapi dengan aku senyap je sebab den AWKWARD! hahaha. :P

Tengah tengah kemas locker apa semua kan, mula sorang sorang roomate den yang lain masuk. Asma, roommate yang baru masuk. Pun sama situasinya dengan Nabila, den senyap je and berbalas senyuman. Lepas Asma, Afikah pulak yang masuk. Afikah ni ada kembar. Kembar dia Atikah. Tapi tak duduk satu bilik lah sebab dalam satu bilik itu just empat orang je. Nak dijadikan cerita, lepas habis je kemas, den dengan family den turun pergi makan dekat kafe depan blok kediaman. Kafe Mama namanya. Uniks! Haha. Pukul satu ko! Cuba bayangkan betapa sesaknya keadaan kafe itu. Aku takde selera makan sebab memikirkan perpisahan yang akan ku tempuhi. Hahaha. Sesak dada den tau masa itu! Semput! Ambik nasi pun secoet je. Walaupun aku amik lauk kegemaran aku, tapi still tekak den takleh nak telan yeop! 

Lepas habis je makan dan selesai segala urusan, kita orang pun bergerak ke parking kereta, nak hantar parents balik. Mula2 kontrol lah kan sebab dah besar takkan nangis eh. Tapi sebaliknya berlaku bila my parents peluks den erat gileeee... Menangis? Taklah. Crying je. Hahaha :P. Lagi nak tambah drama bila adik kecik den dia pun nangis masa masuk kereta sambil tanya mak den. 

" Umi kenapa kakak taknak balik? Adik nak duduk dengan kakak. "

Perasaaan? Libang libu hati woi! Daripada nak belajar terus separuh semangat aku hilang tau dak! Haha. Tapi mas itu jelah aku menangis. Menangis sepuas puasnya dekat parking kereta dan baru balik bilik dengan kawan dari sekolah. Ummi. Tapi aku taklah nangis depan Ummi. Maluw! Hahaha. Soorrry eh Ummi. Dan bila balik bilik, berlakulah penjajahan minggu MPPB. Hehehe. 

~to be continue~ #staytunegus #thanks #salamukhuwah #Assalamualaikum :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan