Selasa, 13 Mei 2014

Kisah Hari.... IBU!!! :)

Assalamualaikum...

Eee!!! Exitod giler den update entry ni tau sebab entry ini melibatkan orang yang paling understanding mending or terlebih mending terhadap diriku.Ehek! Dan op course the person is... Jeng jeng jeng. My mom! which I prefer to call UMI. So al maklum semua orang tau yang 11/5 adalah hari ibu. Tapi dalam Islam hari hari Hari Ibu so takde yang sepesel berkenaan hari ibu yang ramai giler orang excited nak sambut. Tapi Orang kata biarlah hari itu harinya sedikit sepesel berbanding hari lain so aku pun decide nak buat..... SUPRISE!!!

*auchak! haha mata biru comey. dah apa kena mengena?

so pagi2 itu biasalah, nolong omak den cuma terlebih extra nolong sebab hari ibu kan. Biarlah my mom rehat sikit dan akhirnya santapan tengah hari kita orang hanyalah nasi gorang kunyit dan nuget hasil air tangan den. Hahaha. Kejam punya anak! Nasi goreng jer.. Itu pun oklah sebab seekor ayam yang dibawa keluar dari peti ais masih freeze.. So nak wat apa? kite buat jelah nasi goreng dah jam pukul 12 dah. Ayah den balik keje pukul satu. Fikir punya fikir nak wat apa, my mom suruh buat nasi goreng jelah. Den pun watlah nasi goreng. Tapi nasi goreng spesel punyo! naik troli tolak sendiri kejap tak salah kan? hahaha. Tapi ayah den tak komplen, ayah den balik dengan muka terujanya kata..

"Eh, nasi goreng!!!Urm. Sedap nih!"

Aku pun hehehe syukur tak terhingga sebab cara ayah aku cakap macam tak pernah jumpa nasi goreng berapa abad. Hahaha. Makan pun menambah uollss. Ha, ni nak bagi nasihat sikit,jangan nak memilih makanan sangat. Apa yang ada dekat dapur rumah itu masak je, jangan nak demand terlampau dalam memilih makanan. Tak baik tau. Bersyukur dengan rezeki yang diberi. Ada je orang lain mati kebuluran tak dapat makan, tapi dekat negara kita ni rata2 nya meninggal sebab terlebih makan sampai ada makanan itu jadi rezeki tong sampah. Itulah yang dikatakan oleh lecture biologi kmpk. Hehehe.

*do take note. :)

Sebelah petang eh aku dah tak duduk diam sebab mak den tengok rancangan hari ibu. Rancangan masakan. Chef masak dekat mak dia. Mak den kata 

"sedapnya.. Tak nak buat dekat umi ke fatin?" 

Aku pun balas: 
"takde bahan lah umi nak wat camtu. Dengan gelatin bagai"

And my mom pun diam. Dalam hati fikir nak buat apa eh? terus dapat idea buat KEK COKLAT KUKUS! Favourite keluarga den! Eden pun apo lohgi, pi lah dapur buat kek itu. Tengah2 buat itu mak den mari duk terconggok dekat kerusi engok anak dara dia buat kerja. Jadi pemantau yang terlebih bertauliah! Hahaha. Dalam syok2 buat itu datanglah penyibuk dan penggacau ketenteraman nombor satu dalam rumah ini dan orangnya ialah ANGAH.! 

Abang eden nombor dua so kita orang panggil dia angah. Punyalah dia menganggu gugat ketenteraman awam dekat rumah ni sampai buat kita orang adik beradik trauma kalau dia ada beb! Nak aman, masa dia dalam bilik,keluar rumah atau balik pergi belajar. Tapi sunyilah pulak kalau rumah ni dia takde. Aisyeh!

Dia pun nak tolong den gak buat kek coklat gak walaupun mula2 dia macam tak setuju bila eden buat kek coklat ni tapi bila den bagi kata balas macam ini :

"Biarlah aku buat untuk umi bukan untuk ko un."

Terus dia terdiam and my mom tergeleng punya kepala tengok telatah den dengan abang den. Nak dijadikan cerita kek itu siap kukus pukul 6.30 petang. Kalau ikut plan nak hias sikit dengan whipping cream and coklat masakan tapi nak hias bende2 itu semua kena tunggu kek itu sejuk. So, lepas habis sembahyang maghrib, terus aku laju2 pergi dapur balik nak hias kek sebab dalam kepala duk ligat fikir  nak buat spaghetti sebab aku tak pernah buat kan, so nak try lah recipe bawu. Hahaha.

Memey aku jadi lipas kudung kut lepas sembahyang maghrib itu. Mulalah aku keluarkan whipping cream yang dah lama ada dekat dalam peti itu.Bila bawak keluar je,Then abang den masuk dapur kata 

" Perlu ke buat cream bagai? Ada orang makan ke? "

Mak den yang ada kat dapur pun kata 
"Takyah nak complain!"

My bro pun senyap. Hahaha. Then aku pun teruskanlah dengan perancangan aku yang tergendala itu.
Tengah duk kacau whipping cream itu supaya cream itu kembang, dia tak kembang2 jugak. Dah pehal? Tanya my mom, my mom kata sebab sejuk kut,sebab itu cream itu tak kembang. Den oun apo lagi, teus masak air panas dan panaskan cream itu atas wap air. Lama sikit itu den pun angkat lah whipping cream itu and kacau supaya dia jadi kembang...

*kembang macam ini...

Tapi still tak kembang2 bila aku dah pukul lama. Aku pun gelabah lah wei! Tambah lagi gelabah bila jam dah cecah pukul lapan malam, nak buat spagetti masa bile eh? Tiba2 ayah den pulak tambah den punya darjah kegelisahan. Ayah den tiba2 kata 

"Jom makan luar sempena Hari Ibu!"

Aku pun WHATTT???  Tapi lepastu lega sebab takyah masak spaghetti walaupun dah lama aku nak makan spaghetti. Tapi still buat aku nervous sebab aku tak siap2 lagi pukul whipping cream itu. Tambah lagi novos eh bila semua orang sibuk nak bersiap pergi makan luar. Dalam hati.. Hadui, macam2 tau. Berdoa je kat Allah semoga lancarkan semua urusanku. Dan dengan keputusan yang nekad lagi tekad tanpa perasaan belas kasihan dekat whipping cream itu aku un.. campakkan ke dalam Sink. Dalam hati berbakul bakul kutuk tindakkan sendiri and say sorry to that whipping cream. Nasib baek  sikit je aku guna. heh! Tapi still membazir.!

Then aku proceed dengan coklat masakan. Aku ikut lah step2 dia kan. guna dua bar je sebab nak taruh atas permukaan kek. Tapi dalam duk kacau coklat itu aku pelik, coklat dah cair tapi kenapa berketul and  x berkilat macam biasa. Tapi aku buat dunno je. Aku pun ceduk coklat masakan itu then taruh atas kek. Try ratakan coklat itu atas kek. Kebetulan abang aku un sampai dengan perangai dia yang macam biasa, penyibuk. Hahaha. 

Dia sibuk nak ratakan coklat masakan itu atas kek. Aku pun bagi. Sebab dia ni ada seni sikit bab2 menghias,so aku panggil dia Mr.Masterpiece. Dah kebetulan aku pun terdesak perlukan bantuan sangat sebab coklat masakan aku tu memang tak rata lansung dekat atas permukaan kek itu. Dia pun buat then tugas aku tengok je. Hahaha. Sambil tengok, sambil cakap dengan dia. Cakap apa? Nah... :

Angah  : "Apahal coklat ni sikit sangat fatin? berketul lak itu."
Me      :  Entah. mana tau. Tapi aku letak dua bar je, umi suruh letak satu bar.Aku rasa kalau nak ratakan ni                kena guna banyak coklat masakan kut.
Angah : Lorh. letak jelah mentega banyak sikit. 
Me      : Urmm... Mentega...
Angah  :  Iya.
Me      : Owh. Aku lupa letak mentega. Hahaha!
Angah : =='

Hahaha! Itulah puncanya kenapa coklat masakan aku berketul dan tak berkilat. MENTEGA. Haila buttercup! U make me depress u know. Tapi mak den kata mentega memang takde pun. Dah lama abis. So kira bukan salah aku la kan? Hehehe.. Terus den tinggalkan Mr. Masterpiece dengan karya seninya. Pergi mana? Bersiap lah nak keluar kan? 

*macam inlah aku depressed, tapi x peluk lah teddy bagai. Lagipun sekejap je depressed.. :)

Dalam duk bersiap itu, dengar engin keta dah START! Aku pun apa! Keluar bilik pakai tudung bagai then tutup kek atas meja.Lepas itu blah pergi cafe tempat abang sulong ku keje.Yea! Makan western! Dah lama dah aku nak makanan barat ni, masa dalam matrik lagi tau! Tapi yang paling aku teringin nak makan ialah spaghetti. Tapi tak kesampaian jugak sebab dekat cafe ni dia tak jual spaghetti. Hati mula mengedik nak buat special request tapi ditahan rapi  oleh sifat malu ku. Heh! So, order jelah yang lain.

*my beloved parents.. :)

*bersama si penyibuk plus sengal dengan queen selfie. :P

*gambar seisi keluarga yang tak berapa ready nak ambik gambar. Dah kenapa tangan macam tu? Hahaha. :P

*ini Along. dia tengah serve makanan western ke kita orang. Kacau dia buat kheje! Haha :P

Seriously, makan kat sini korang tak rugi tau! Bukan nak promote tempat abang keje, tapi serios best! Dengan kondisi yang kondusif lagi aman dan tenang, makanan dan minuman pun sedap. Harga pun berpatutan.Oh yes! Lupa nak perkenalkan nama cafe ni. Nama cafe ni norisqa cafe. Cafe ni pun ada jual kek lapis tau! Kek lapis dia tahan lama! Bukan kek lapis serawak lah.Sedia ambil tempahan untuk bulan puasa dan raya. Tapi tak tahu dia orang ambil ke tak sebab owner tuan punya kedai akak norisqa ni banyak kawan dia dekat KL tempah kek dia. Siap Sharifah Aini lagi pernah tempah tau! Dua ratus i guess untuk dua tahun lepas. Ini fb dia norisqa cafe. Dah kenapa melalut sampai ke sini? :/

*eh...blur jap. haha

Ok, back to our main topic! lepas habis je makan kita orang pun balik rumah dalam area pukul 10.30 malam i guess. Sampai rumah terus serbu meja konon eh nak touch up sikit lah kan? Tapi hampeh sebab mak den kata tak payah. Macam itu je dah cukup. Kebetulan pulak adik den yang bongsu itu sibuk nak potong kek jugak. Macam kek itu birthday dia je dia buat. Hahaha.

*inilah saja yang mampu saya dan masterpiece lakukan.. :")

*gambar 'birthday girl'. Hahah :P

* 'birthday girl'potong kek

*yeay! Pandai! Akhirnya boleh makan! :P

Hurm. Itulah panjang lebar aku ceritakan dekat korang kisah yang terjadi 11/5. Sorry kalau korang rasa entry ni kureng tapi bagi aku peristiwa 11/5 inilah yang paling sweet terlebih sejak aku balik dari matrik. Haha. Tapi, apa-apa pun ingat. Jangan tarikh ni je kita bagi layanan istimewa dekat ibu kita. hari2 lain buat macam entah apa2 punya perangai. Islam itu amat memandang mulia terhadap seorang wanita yang bergelar ibu. Lagipun dalam Islam hari hari adalah Hari Ibu. Suwweeett wattt?? Hari hari Hari ibu kan? K lah. Sampai di sini je yup!Salam ukhuwah, Assalamualaikum... :)

*Kasih sayang seorang ibu tiada tolak bandingnya.. :D















1 ulasan:

  1. http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/01/buat-sendiri-sirop-obat-batuk-ini-di.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/01/wedding-cake-tradisi-dalam-pernikahan.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/01/di-jepang-vending-machine-tawarkan.html

    QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 7 Permainan.
    • BandarQ
    • AduQ
    • Capsa
    • Domino99
    • Poker
    • Bandarpoker.
    • Sakong
    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61
    • BB : 2B3D83BE
    Come & Join Us!

    BalasPadam