Rabu, 7 Mei 2014

Merdeka???

Assalamualaikum...

Uhuk3!!! Berhabuk dah blog den ni.. Hehehe. Sorry lama tak menjenguk dan tak hupdate entry bawwu... Sebab saya dipenjara di MATRIK PERAK untuk SEMESTER 2 yang lalu... Jadi banduan..Hahaha.Taklah. Fokus study. Fokus kah? Ehek! Ok done! Tutup citer pasal itu. Sekarang nak buat pengumuman tau.. BAHAWASANYA SAYA DENGAN PERASAAN DUKA CINTANYA  MENGISTIHARKAN BAHAWA SAYA SUDAH TAMAT BELAJAR DI KOLEJ MATRIKULASI PERAK! (nampak tak isyarat capslock itu?) Perasaan??? Hanya gambar dibawah sahaja yang membawa maksud sebenarnya... 

*Ha! Itulah reaksi saya bila dah tamat belajar (di matrik yup!)

Dah seminggu dah tamat belajar dekat sana.. Semua kenangan dekat sana melekat dekat dalam hati dan minda terutamanya dekat satu tempat yang mana saya menemui ketenangan... Ha? Dekat mana? Adalah... Nanti next2 entry saya bagi tau eh.. In sha Allah.. Doa doakan lah yup...

Ramai orang kata untungnya dah merdeka... Uhuk! Ekscuse me? M.E.R.D.E.K.A ??? 

M.E.R.D.E.K.A????

Hurm.. Merdeka eh???? MANA ADA! eh? Pehal? Pehal apa? Owh.. Kenapa tak Merdeka??? Sebab sekarang saya dijajah kembali dengan....... Ha! Mulalah itu fikir bukan bukan.. Den dijajah kembali dengan sifat boshan giler yang menyerang bila2 masa sahaja... Apa? Buat kerja berpaedah? Nak tahu kerja berpaedah apo yang den buek? Nolong omak den, surfing and baco novel jo korjo den.. Dah sudah keluar loghat n9 pulak..Sorry yo:P  

*Seriously dijajah dengan perasaan ni mencengkam jiwa ku.. :(

TV??? Disebabkan duduk dekat sana tak tengok tv berbulan lamanya.. Jujur den cakap.Den tengok tv pun takda nafsu.. Biasanya kalau balik cuti sem ke apa ke mesti layan cehgita korea.. Tapi entah.. takde feeling langsung nak tengok.. Asal nak tengok tv mesti perasaan ngantuk pula datang mengetuk mata.Hahaha. Ayat takleh blah! Serious weyh, dulu kalo nengok RM (running man) mesti ketawa macam entah hapa2.. Tapi sekarang kalau nengok RM macam takde feeling langsung. Sevegitu kroniknya perasaan bosan yang melandai diri in.. Hurm... Mengeluh? Takde lah.. Tengah cari idea macam mana nak isi hari2 ku dengan perasaan yang aman,damai lagi tenang dan stabil..Again ayat tak boleh blah!

*macam nilah reaksi bila nengok tv.. tapi ayat je yang lain..

Kadang2 timbul rindu dengan kegiatan yang lama dekat MATRIK.. kegiatan apakah? biarlah rahsia.Hahaha.. So. Ada suggestion tak supaya saya  isi setiap masa dengan dengan perkara berfaedoh dikit? Share lah yup kalau ada. Bukan apa.. Masa itu kan emas...
Okay lah yup. Sampai di sini sahaja entry kali ini dan In sha Allah saya akan menghupdate blog saya pasal kehidupan saya di Matrik Perak pada masa yang akan datang...  Bye,Salam Ukhuwah, Assalamualaikum... :)

*tapi sekarang tak tahu mana yang penting.. Nampak tak betapa pathetic nya diriku ini? :(








Tiada ulasan:

Catat Ulasan