Ahad, 17 Ogos 2014

kmpk 3... :P

Assalamualaikum!!!!

Haaaiii... Heee... Jangan marah eh. Entah apa apa lah aku ni kan. Masuk blog je terus suruh korang jangan marah aku.. Macam  lah korang nak marah sangat kan? :P Apa? kenapa suruh jangan marah? Ha... Sebab, aku baru nak sambung update lifestyle den dekat kmpk setelah lima bulan aku menghilangkan jejak di dunia blog ini. Hahaha. Sorry guys! Mood nak menulis dekat blog ni tercampak ke laut,then aku pi kutip balik mood yang TERcampak dekat laut yang telah pun karam,sebab itu lambat sangat nak tulis blog. Aci tak nak bagi alasan ni? Hehehehe. :P

*muaaahhhh! dah, jangan marah

Okay, sekarang aku sambung yang orentasi part dua itu sikit. Ha, lepas je aku makan ubat and tidur.. Tiba tiba Afiqah, roomate den kejut den sebab dah pukul lima. Dia siap suruh aku mandi lagi sebab siren asrama start bising dari jam empat setengah dah. Perasaaan??? Urghhh! Menyaammmpass gilosss! Hahah, taklah. Mamai ada lah sebab terkena penangan encik panadol. Lepas habis siap mandi itu, kita orang semua konvoi pi masjid. Then, sarapan, lepastu masuk dewan, rest,sembahyang zohor, masuk dewan balik, sembahnyang asar,masuk dewan balik,mandi,sembahyang jemaah maaghrib dan isyak, lepastu masuk dewan balik,masuk bilik,tukar baju, gosok gigi, then... 

BUMMM!!! 


TIDO aka SLEEPING aka MASUK KE DUNIA LAIN.

Hahaha. Seriously guys, memang yang itu lah rutin harian den dengan ex-kmpk yang lain sepanjang minggu orentasi. Masa kita orang banyak dihabiskan di dalam dewan yang ibarat mengalahkan tin sardin dan panas macam ketuhar. Tapi den dengan bestie beruntung sebab selalu datang awal atas desakan den dan berjaya duduk dekat dengan kipas. Heheh!sejuk lah jugak. Tapi, kaki pulak buat hal. Kebas everytime. Dengki betul kaki ni dengan tuan sendiri. Saja nak dera perasaan tuan dia ni.

Tapi... Lepas minggu orentasi itu rasa lega sikit. Sebab? Dah tak payah bangun awal walaupun memang aku bangun awal je selalu tapi lambat dikit pak daripada minggu orentasinya. selama seminggu bangun pukul empat ke atas dan kurang daripada pukul enam, kalau diteruskan sampai empat puluh hari mahu ada balik rumah jadi zombi tidur! Hahaha.

Cuma, satu je perasaan yang tak berubah lepas minggu orentasi itu habis.. Nak tahu apa dia? Nah


HOMESICK bebeh!

K lah. Sampai disini jelah yup, den update. Untuk pengalaman masa den belajar di kmpk will coming soon, tapi tak tahu bila,hari apa, minggu apa, pukul berapa, tahun berapa.Hahaha! Melampau bobonor eh sampai tahun ke berapa.Just don't expect soo mucho especially to my dearest sahabat WANIE. Kalau tak tercampak dekat laut, maybe masa terdekat. Tapi kalau dah tercampak ke mana mana memang makan masa yang lama yup sebab kena kutip ambik balik! Hahaha. Jangan marah eh. Bye, Assalamualaikum again.. :)

Thanks for jamu mata anda dengan tulisan cantik saya. Ahaks! perah santan. :P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan