Jumaat, 17 Mei 2013

GADJET!!!

Assalamualaikum... :)

Jumpa lagi ek dengan korang. Muahahaha. Mesti korang pelik kan apahal aku hapdate blog kencang sangat ni? Aci tak nak kata saja-saja je aku hapdate blog ni? Muehehehe.. Sebenarnya aku hapdate blog ni sebab maybe kalau aku dah sambung belajar, dah takde masa nak update.. Maybe one year kut.. One year?? Aku pergi mana? merajuk? Taklah.. Adalah aku pergi mana. Jangan nak menyibuk! :P Ada jugak budak kena pelempang nanti. Ampun buk, enggak sengaja kok! *indonesian slang.. hehehe

Okay! Here we are, GADJET! Apa itu gadjet? Jangan pura-pura tak tahu kalau tak nak kena lempang dengan aku.* pang! sound effect. :P* I know all of you mesti tahu apa gadjet tu kan,kan,kan?  Sebab majoritinya korang dah ada gadjet sendiri. Macam Iphone 5 lah, Samsung S3 lah, Apple lah, Ipod Touch lah  dan laptop... Erk! Laptop itu gadjet ke? Hentam sajalah labu ek.. :)

Ha,straight to the point jelah ek.. takyah nak bengkang-bengkok simpang siur bagai. Aku rasa semua orang ada impian nak pakai gadjet macam orang muda mudi sekarang selalu pakai.. Tidak terkecuali aku. Hehehe. Bila tengok senior agent den pakai, telan air liur jelah.Macam mano ha eden tak sempuit? Bilo semuonyo ado pakai Samsung S3 lah, Apple lah, Iphone lah, Tablet lah... Macam-macam lah..  Kira akulah yang paling 'urban' sekali dekat situ... -_-

Terbarunya, kira berapa hari lepas eden dengan senior agent pi kuantan sebab ada event dekat Vistana Hotel. Sebelum pi itu, senior agent den ajak wife dia dengan den pi jumpo kawan lamo dio.. Bila duduk je dekat kedai makan, cakap-cakap kejap.. geng senior den ni kiranya macam bagi semangat lah dekat den. Bila tengah cakap-cakap itu, tiba-tiba telefon geng senior agent den ni berbunyi.. Dan bila dia bawak keluar je phone dia daripada kocek seluar dia.... Guest what?

Tadaa!!!


Samsung galaxy s4 beb! Baru je keluar dekat pasaran! Terkini, terhot dan terbagai lagilah.. Memang telan air liur aku tengok android ni... Terkebil-kebil aku tau dak! Ha! S4 ni banyak beza tau dengan S3.. S4 ni dia punya kamera ada dual mode, maksudnya boleh tangkap gambar guna kamera depan dengan belakang sekali gus. Dia punya kamera 13 megapixel k! s3 hanya 8 megapixel je... banyak beza geng! Tapi aku takelh nak describe satu-satu sebab aku mana pakai un..Aku hanya dengar senior ejen dengan wife sibuk bersembang pasal android ni..  Lagi satu, gambar dia terang giler kut! Takyah guna flash dah..  Cool right? Ye, memang cool sampai harga pun terlebih coooolll... -_-

Dalam hati aku dah pasang tekad aku kalu boleh nak jugak android macam ni.. Tapi bukan s4 lah..  Walaupun canggih aku tak berkenan mana sebab? Harga dia 'murah' uollss...  Aku nak android canggih tapi nak harga lagi mahal... Ha! Bongkak tak geng? hahaha, Wei.. Maksud I itu ada sindiran tau. Kalau faham dah, kalau tak faham tak yah tau.Amboi, kasor bahaso.. :P  Dahtu android apa yang 'mahal' lagi canggih itu? Meh sini aku tunjukkan... 
Jeng, jeng, jeng....

S3 mini bebeh! Ya, mahal lagi canggih. Dia punya kamera pergh! Memey omey ngat! Ha, kalau boleh aku nak android macam ni. Tapi adik dengan abang perlekehkan aku kata aku punya taste low giler. Suka ati lah kan, taste low ke apa ke.. Tapi kalau dengan makhluk yang bernama lelaki taste aku high giler, sampai adik dengan abang aku pun luga! Agagagaga .... :P  Tapi abang den lagi bengom... Dia siap kata,

"Anak Tan Sri mana lah yang buta mata itu nak pilih ko.Memang malang lah hidup dia" 

Hamboi!!! Ayat tak sentap mana pun, nak tahu den cakap apa? Ha, amik! 

" Biar buta mata jangan buta hati"

Ha.. ringkas dan padat aku balas! Lepastu habis satu rumah gelakkan abang aku.. Padan muka! Aku kalau tak balas takpe, kalau aku balas terdiam korang.. I jenis tipikal manusia yang sinis dalam diam. Tak percaya? Try me bebeh! :P  Ok, back to our main topik lah ek.. Low pun low lah.Sebab phone canggih mana pun kalau takde kredit toksah guna phone lah.Tapi kalau bab laptop memey taste aku high. Nak tau laptop idaman aku apa? 
LENOVO YOGA 13!!!


Biasanya kalau benda-benda 'murah' lagi canggih aku tak layan. Tapi mata aku ni takleh lepas daripada laptop ni. Memey banyok fungsinya, siap ada windows r8 lagi uoolls.. Dalam hati duk menggelitik suruh ayah den beli laptop ni tapi pendam jelah hasrat itu. Just pray for me ek untuk dapatkan laptop itu. Tapi my friend said lenovo punya harga susah nak jatuh. Tambah-tambah pulak orang jarang guna, itulah pasal harga dia murah gilerrr... Nak tau harga laptop ni berapa?  RM 3189.00.. murah tak.murah tak, murah tak??? Murah kan??? Hahaha.. Tapi aku rasa takleh kut laptop ni. So, I mengusha kembar dia pulak...


Yang ni kembor dia! Tapi ni murah sikit  lah. Dalam seribu lebih je. Fungsinya sama sahaja cuma battery kembor dia ni tahan selama 13 jam sahaja berbanding lenovo yoga 13 yang battery dia tahan selama 8jam... Kira ok lah jugak kembor dia ni kan? Apasal aku suka laptop macam ni? Sebab 4 dalam satu... So, takyah nak beli tablet ke hapa ke sebab laptop ni automatically boleh jadi tablet.. Ha, canggih tak? Hohoho.. Tolong den pujuk ayah den beli laptop ni boleh tak? Muahahaha.. K lah sampai di sini sahaj ye you guys! Dadadada. Tq for the time that uolls spent to read this entry.. Love you! ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan