Isnin, 13 Mei 2013

2P and 1M...

Assalamualaikum! :)

Mesti korang tertanya-tanya kan apa pulak entry kali ini kan? Seriously 2P AND 1M? Amende tu??? O.o... Bukan ke kata nak update entry GADJET lepas entry S.E.N.J.A? Hohoho.. Rileks,rilek okay.Cool bebeh! Entry GADJET lepas entry ni lah ek. I promise.. :)



Okay. Biar den explain dulu ek apa maksud  2P AND 1M itu. 2P AND 1M itu stands for :

2P :PUTRAJAYA AND PERAK
1M : MELAKA

Ha! Itulah maksud 2P AND 1M. Sobonarnyo 2P AND 1M itu adalah tempat pilihan aku untuk pergi belajar. Mesti korang pelik kan apasal aku sibuk sangat nak update pasal nak futher study ni... Amboih! Ayat macam nak sambung belajar luar negara! Hahaha. Mesti korang menyampah giler kan? Yelah aku hanya dapat pilihan untuk sambung belajar tiga tempat itu je, itupun heboh nak update, bukan macam korang dapat banyak tawaran. Itew cedar diwi itew sapa. Mood centap! :(

Well hello! Actually I got a lot of offers you know! Ha, datang dah mood bengong plus riak ni!  Sorry ek. 'Terlari' dari landasan kejap.. Tapi memang betul pun dapat offer banyak, cuma tak layan je sebab swasta. Yang kerajaan punya tak umum lagi kecuali Matrikulasi. Ni semua sebab abang den suruh eden apply je semua uni yang ada kat Malaysia ni. Siap kata kalau ada seribu uni kat Malaysia ni, kau hantar semua permohonan ko. Katanya. Amboi! Melampau bobonar abang den ni. Hiperbola giler ayat itu! Tapi aku layan jugaklah. Hantar semua permohonan dekat semua uni yang aku tergerak hati nak pergi.. Bukannya semua uni dekat Malaysia k!

Dan Alhamdullilah semua permohonan yang aku mohon dia orang terima.. Kecuali IPGM... Sentap akak tau dak! IPGM lah institusi yang berani menolak aku mentah-mentah you know! Adeh! Bongkak lagi. -_-... Ha, kalau korang yang apply IPGM itu lepastu tak cek lagi,boleh lah cek dekat sini ek.IPGM. Ha, dipersilakan cek ye akak-akak or abang-abang. Adik-adik tak yah nak menyibuk! Pergi hadap buku tu! Ececece...  Jangan marah noo.. :P

So,sekarang ni eden conpius sikit sebab walaupun hanya tiga itu je permohonan yang eden dapat eden still lagi tak tau mana satu nak pergi. Reasons? Semua uni dekat tempat itu menawarkan semua course yang eden suka you know! Ha, amik kau. Apply sangat kan.. Sekali dah luluskan permohonan.. Pening nak mikir! Uhuk..


Oh,lupa nak bagi tau korang uni apa yang ditawarkan dekat tempat-tempat yang tertera di atas. 
  • Perak for KOLEJ MATRIKULASI PERAK.. :)
  • Melaka for KOLEJ PROFESIONAL MARA.. :)
  • PUTRAJAYA FOR UNITEN @ UNIVERSITI TEKNOLOGI TENAGA NASIONAL
Ha, walaupun aku hanya dapat tiga je, tapi jangan main2 tau. Dapat yang meletoopp gitu! Hahaha...Jealous tak,jealous tak? Please kata jealous... Hahaha.. Okay2.. Den main2 je. Tau korang dapat yang lagi mantap punya. Matrik aku dapat yang sains punya. Kira kalau strugle betul2 dapat point tinggi, bolehlah jadi pharmacy kan???? Tapi kalau tak dapat pointer tinggi kena lelong dekat upu.. Sampainya hati lelong kita orang.. :'(

*sakit hati kut kalau kena lelong kan???

Yang KPM punya dapat business. Kira okey lah sebab sesuai dengan pekerjaan aku sekarang kan??? Dekat dengan tempat abang aku belajar lagi. Cumanya, tempat abang aku belajar dekat Alor gajah, KPM ni dekat Ayer Molek. Tapi entah kenapa aku tawar hati. Padahal dulu minat sangat Business.. Hurm..Yang UNITEN ni pulak tawarkan aku Information technology. Ha? Amende tu? Masa mula-mula dapat surat tawaran lah kan, terkebil-kebil gak tengok course yang diaorang bagi. Tapi bila difikirkan dekat Putrajaya, kira syoklah kan pergi outing kalau ada masa. Hahaha.. :P 

 Beza di antara UNITEN PUTRAJAYA dan UNITEN MUADZAM ni tak banyak beza pun, Cuma dekat Putrajaya ni dia banyak melibatkan teknologi, yang dekat Muadzam ni dia banyak tawarkan kos melibatkan business dan akaun kalau tak silap. Tapi yang lagi syoknya kita orang duk dekat apartment! Tapi apartment dekat putrajaya lagi syok sebab satu bilik itu hanya kita seorang je yang conquer. Heaven gile! Tapi bila tengok  harga sewa... Hampeh! 'Murah' bobonor... :P

So, sekarang aku just tunggu keputusan UPU. 23 MEI ni dia orang keluar result. Sebenarnya kalau boleh aku nak lanjutkan pelajaran aku ke UKM. Tapi hampeh sekali lagi sebab UKM hanya tempat orang yang nak sambung degree sahaja. Memang melayanglah. Kecuali kalau aku masuk matrik. Eh, macam ada hati je nak pergi matrik ni? Hehehe. Kalau korang nak tahu aku further study dekat mana.. Just wait for the new entry di temapt aku belajar hokey bebeh?! Orait.. Cee u coon.. :)

Di sini aku ada letak gambar uni yang luluskan permohonan aku.. Look and see lah ek.. :)

* Smart tengok kampus uniten putrajaya.. :)

*salah satu uni yang aku teringin nak pergi.. :')

Thanks sebab luangkan masa anda bersama saya.. mihmihmih.. :)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan