Sabtu, 11 Mei 2013

S.E.N.J.A

Assalamualaikum and hai! :)

Wee!!! Entry baru! Hahaha. Okay,apahal aku excited overdose ni? Wondering...Hurm.. Apa-apa jelah ok? Ha! Seperti mana yang eden katakan bahawa akan ada beberapa upcoming entry yang eden nak upload pada masa-masa akan datang pada minggu lepas,so inilah salah satu entry yang eden upload di blog.

S.E.N.J.A

Ha! Korang mesti tertanya-tanyakan apa significant aku upload pasal senja ni. Takda cerita lain ke? Haip! Jangan nak melawan no.Eden upload ni mujur tau! Ceh! Ayat macam bajet famous! Hahaha. There has a hidden meaning from that tittle you know! Dan mesej yang tersembunyi daripada tajuk S.E.N.J.A itu akanku upload untuk masa yang akan datang. So,Sapa boleh teka maksud tersembunyi itu memang bijak! Sekaligus dapat meneka apa yang akanku upload. Give a big clap for you guys!

 Yeah!

Okay. So, apa nak dicerita ek? Ha! Eden nak cerita pasal waktu senja dekat rumah den walaupun korang tau macam mana rupanya waktu senja itu. Apa yang aku merepek ni? Apa-apa jelah ek. Senang kata,korang baca jelah entry ni sampai habis. Kalau korang bosan,dipersilakan stop baca.. Ngajuk? Taklah. Sentap je. Hahaha.

Nak dijadikan cerita ada satu hari itu, eden pi keluar duk dekat halaman rumah saja pusing-pusing. . Ha! Untuk pengetahuan korang-korang. Eden ni sorang hamba yang sangat jarang keluar rumah tanpa tujuan. Rasa berat je kaki nak keluar rumah. Walaupun dekat halaman. Sebab? Takda tujuan, buat apa keluar kut. Tambah-tambah lagi nak keluar dekat halaman rumah. Sejengkal je kut.Tapi tak nak keluar jugak. Rasa berat kaki itu nak keluar ditambahkan lagi dengan sekelompok budak-budak lelaki yang kiranya dah cukup matang,sibuk melepak dekat kedai depan rumah. Lagilah eden malas nak keluar! Disebabkan itulah eden digelar puteri lilin oleh diri sendiri walaupun tahu diri itu tak layak digelar puteri lilin.. :'(

So, bila keluar tu tengok-tengoklah apa yang patutkan. Menjamu mata kejap.Hoih! Jangan fikir eden jamu mata tengok budak-budak lelaki tau! Budak-budak itu tak hencem un,takde makna nak nengok.Amboi! Kutuk bukan main. Hahaha. Saya menjamu mata saya dengan pemandangan alam diwaktu senja. Sekali-sekala. Dua kali dapat pahala,kan,kan,kan??? Bile tengah duk syok-syok menjamu mata ni.Tiba-tiba nampaklah satu pokok ni dekat luar pagar rumah. Dalam hati ni,bukan main tertanya-tanya pokok apa ni? Ada ke pokok tinggi berbunga?

Ha,kau! Nampak tak kejakunan aku yang terantang-tang ni? Taklah,aku tertanya-tanya itu sebab bunga dia warna putih. Tak nak meyerabutkan kepala,eden ignore jelah. Then,bile jalan-jalan dekat rumah jiran nampak jugak ada pokok yang sama. Tapi bunga dia warna  PINK? Aik? Apahal dekat rumah aku warna putih? Jalan lagi. Bile jalan lagi nampak pokok sama,bunga warna PUTIH. Eden dah blur. Apahal ada dua bunga yang warna yang berbeza? Padahal pokok itu dah sama. Then, I pun pi tanya jiran yang rapat. Nama penuh dia tak tahu tapi eden panggil dia cik na. Kejamkan aku sampai nama jiran pun tak tahu? Bertuah! :')

"Cik na, pokok apa ni?"
" Tak tahu lah fatin. Tapi lama dah berbunga."
" Ye ke? Owh. Tapi, apahal dekat rumah cik na bunga dia warna pink?"
" Entah. kenapa?Dekat rumah fatin warna putih ke?"
" Ho'oh."
"Owh. Tu cik na tak tahulah. Tapi ada orang kata ni pokok sakura."
" Hahaha. Cik na buat lawak ke hapa?"
" Taklah. Kan ada orang jepun duduk dekat belakang rumah Fatin? Orang itulah yang kata pokok ni pokok sakura."

Dan aku? Terlopong arh beb!Pokok Sakura ada dekat rumah eden!!! Langsung rush balik tanya my mom. Bila tanya my mom, mak eden cakap betullah itu. So, tanya balik apahal tak kata pokok itu pokok sakura. Then my mom said :


"Buat apa nak bagi tau. Bukan ke tak suka duk luar?"

Kena tepat dekat batang hidung aku. Hahaha. Padan muka,siapa suruh tak nak duk luar sangat kan? Sekarang dah kena perli. Lepas itu terus je aku menonong masuk rumah ambik phone nak amik gambar SAKURA MALAYSIA.  Dan inilah gambarnya :

*sakura di rumahku! Yeppi!

*ni dekat rumah jiran,warna pink gitu!

*ni bunga dia. Bunga sakurakah ini? :/

*ni bunga warna putih punya.
*ni kelopak bunga yang mulai layu. erk, kaki sapakah itu? Sibuk je. Hahaha.

Ha, itulah gambar-gambarnya. Bunga sakura ke tu? Ye ke tak aku tak peduli. Sebab aku dah namakn pokok itu SAKURA MALAYSIA. Hahahaha. so,sampai di sini sahaja yup entry kali ini.Ha! Ada satu lagi entry pasal S.E.N.J.A ni. Yang hidden message punya.. Wait for it pulehhh... Hehehe. Ok, dadada... :)

p/s: Sebelum ku korang nyah dari blog aku*amboi ayat, macam nak kena sepak! hahaha* di sini eden letakkan beberapa foto asli,bunga sakura. Maid in JEPUN maaa.
..




*agak sama dengan bunga SAKURA MALAYSIA. So, sakura dekat rumah den itu boleh diconsider as a sakura flower lah kan??? ;)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan