Assalamualaikum..
HUMAN ANGEL.. Apakah itu? Ha, korang sekarang mesti tengah buat direct translate kan? Kan? Kan? Mengaku jelah, takde sapa pun marah sebab jawapan korang itu betul! Hehehe. Manusia Malaikat? Apakah? Biasanya pernah dengar Broken Angle je. Itupun sebab lagu dia agak famous walaupun aku tak tahu apa yang mamat itu membebel. Yang aku tahu part I'm so lonely broken angle . pOkoknya yang bahagian mat salleh jelah aku faham.Apa? Tak pernah dengar lagu ni??? Kuno uolls.. Hahaha :P Taklah, kalau tak pernah dengar pun tak pe. Kalau nak dengar pun takpe. Tapi bila dah dengar lagu ni jangan duk sibuk nak menyumpah seranah sebab kalau korang pergi ke translate untuk bi rasanya lah.. Takde kut translation. Mamat itu asal mana tak tahu, tapi lebih ke arah Dubai maybe??? What heva lah. Ni ha link dia.. broken angel. Lagu ni boleh tahan gaklah. Itupun pasal muzik and melodi dia orang sedap uoolls. Kalau lah muzik dgn melodi pun tak berapa, memang ada orang hantor lagu itu pi duk dekat pulau. :P Tapi aku selalu tertanya-tanya macam mana rupa broken angel tu ek? Macam di bawah inikah?
Patah hati sampai termenung dekat salji sambil pegang EPAL??? Ohooo.. Kind of Interesting. :P Hahaha, K lah. Masuk topik asal.Malaikat Manusia... Apa itu? Rajin dengar tak? Tak pernah kan.. Ha, tapi kalau dekat negara omputih sana korang akan kerap dengar pasal Human Angel ni berbanding the Vampire. dop pasal. :P Nak tau apakah itu Human angel? Orait, sini den bagitau.
For all of your information, Human angel adalah gelaran yang diberikan khas untuk Ejen-enjen insuran di luar negara terutamanya negara- negara yang maju such as US,Erope,UK dan negara-negara lain kecuali Malaysia. Muehehe. Mengapa? Apa? Owh.. Maksud korang kenapa Malaysia tak bagi gelaran Human angle ni untuk ejent insuran. Actually budak-budak...gelaran ni boleh digunakan di mana-mana sahaja. Tetapi gelaran ni tak berapa famos di Malaysia sebab orang-orang di Malaysia especially orang melayu tengok kita orang macam Darth Vader je. Hahaha. Eh, janganlah sentap geng.. I pun orang melayu apa. Bukan nak kutuk, tapi itulah salah satu kenyataannnnyyyyaaa..... ._.
Seriuosly, den bukan nak promote insuren ke hapa ke. Eden just nak share pasal korang macam mana skop pekerjaan den. Kan den dah janji nak ceritakan korang pasal pekerjaan den. Alang-alang dah minggu terakhir aku online, aku upload jelah citer ni.. Hehehe. If you want to listen, just listen if you want to get out then GET OUT! :P Hahaha. Kejam kan aku? Macam manalah boleh terjebak dalam pekerjaan ni.. Hadui! Ok, kalau uolls nak tahu sebenarnya banyak orang tak tahu apa kepentingan insuran. Kalau ada pun ramai yang takut nak amik sebab takut kena tipu. Guys.. Pleaselah. Dalam pekerjaan insuran ni syarikat insuren tak main tipu-tipu dengan korang. Dia orang tak main auu-chak dengan korang ke hapa. Kalau tipu pun itu adalah silap ejen.
Mungkin sebenarnya dia tak tipu tapi maybe dia kekurangan ilmu pasal produk insuran yang syarikat dia buat.Husnudzon pleahe! Think positive.. Yelah, kalau dia orang main tipu dengan korang.. Macam mana syarikat dan ejen insuran tu boleh bertapak kukuh dan terus melebarkan sayapnya di pelusok dunio? Macam mano? Pernah pikiaq tak? Ha, itu maksudnya sapa-sapa yang pernah amik insuran lah then kata ejen dan syarikat ejen itu penipu sobonarnyo korang yang silap. Seriously. :P
Ha, nak tahu apa yang silap? Korang tak baca polisi korang. Kalau korang ada insuran dan tak pernah baca polisi please bukak and baca polisi korang continuosly. Sebab memang dah jadi tebiat orang kita kalau some one bagi sesuatu pada kita, kita amik ringan pasal hal itu. Padahal benda yang remeh bin temeh itulah yang membuatkan korang terlibat dalam masalah yang besar kalau korang tak amik peduli pasal hal itu. Nak tahu kenapa kena baca polisi? Sebab dalam polisi itu ada segala informasi-informasi. Memang dah jadi tanggungjawab ejen untuk terangkan dari uolls dari A until Z tapi korang ada masa ke nak dengar? Takde kan? That's why the agent just told you the most important things about their product. Yang lain? Korang baca sendiri. Korang mesti kata leceh kan? Memey leceh kalau korang tak paham konsep insuran betul-betul. Kalau korang faham mesti korang takkan runsing punya.
Kalau korang nak tahu satu lagi, Konsep insuran ni ialah konsep bersama. Bersama? Bersama apa? Ha, bersama dari segi bekerjasama. Kalau korang nak mintak buat insuran dekat mana-mana ejen, korang kena bagitahu setulus-tulusnya pasal perihal kesihatan,kewangan dan seangkatan dengannya. Sebab kalau korang tak bagitau betul-betul then bila korang ada masalah, nak claim ke hapa ke..Claim korang akan terbantut. Dan disitulah berlakunya suara-suara sumbang yang mengatakan ejen &syarikat insuran ni penipu besow! Padahal korang punya silap tak nampak. Ades! Itulah tipikal orang kita zaman sekarang, masing-masing punya salah tak nampak.Salah orang nampak. Ishk,ishk,ishk.. Jangan amalkan sikap ini ya! ;)
Kenapa orang luar negara bagi gelaran Human Angel ni kepada agent insuran? Kenapa? Sebab mostly syarikat insuran ni bermula di negara dia orang dan menganggap yang kita orang as an agent insuran adalah orang yang betul-betul menolong mereka dari segi kewangan dan segala kebarangkalian yang terjadi pada mereka di masa hadapan. Ibarat macam ni lah ek, bila dia orang terjumpa dengan ejen insuran ataupun ejen insuran yang tegur dia orang.. Dia orang akan alu-alukan ejen tu untuk buat survey ke,perkenalkan dia orang punya product ke dan macam-macam lagi. Walaupun dia orang dah ada insuran dia orang still lagi nak dengar ejen-ejen lain bercakap mengenai their product. Tapi kalau dekat Malaysia ni, hanya segelintir sahaja yang akan mendengar penjelasan ejen-ejen lain bercakap mengenai dia orang punya produk. Membenarkan kita orang buat survey and direct approach. Yang lain tolak mentah-mentah sebab dia orang dah ada insuran. Can you see the different guys? :)
Satu lagi, orang dekat luar negara mengangkat martabat ejen insuran ni ke tahap yang lebih tinggi daripada dia orang. Dia orang tak perlekehkan kami sebagai ejen insuran sebab dia orang tahu skop,matlamat dan pelbagai mengenai insuran. Tapi dekat Malaysia ni.. Kalau ada je perkenalkan diri sebagai ejen insuran,mesti korang nak lari jauh-jauh kalau boleh kan?Mesti korang kalau boleh just nak blah dari pandangan dia orang kan? Macam mana korang lari bila jumpa hantu, macam itu jugalah korang akan lari bila jumpa ejen insuran. Hahaha. Hiperbola giler... :P Ha! Last but not least, ada jugak yang cop ejen insuran ni macam cikai je. Maksudnya tak berpelajaran langsung and korang ingat pekerjaan kita orang adalah pekerjaan yang paling senang! Hohoho.. Begitulah diriku sebelum aku join insuran as an agent.Tipikal right? Ya, very tipikal and cruel. Tapi bila aku join insuran ni baru aku tahu pekerjaan insuran ni adalah sejenis pekerjaan yang agak susah walaupun tak susah mana.
Cikai? Wohoooo der.. Agak-agak sikit der nak kata kita orang cikai. Kalau korang nak tahu sebelum seseorang jadi ejen insuran kita orang kena amik exam tau dak! Nak tahu exam apa? PCE,CELLI & TBE.. Apa itu? Aku takleh nak terang sebab kalau aku terang un korang mesti tak paham. Tigo-tigo paper itu korang kena bayar sebanyak RM 270!!!! Mahai an? Ha, kalau korang kerja kena amik exam ke? Tak kan? Korang just attend temuduga. Kalo bernasib baek, korang boleh diserapkan bekerja.. Kalau tidok bernasib baik, korang tak terpilih. Tapi korang tak perlu bayar untuk temuduga itu. Korang just attend and persiapkan diri apa yang patut. Tapi kita orang sebelum kena jadi ejen insuran kena amik exam.Kalau pas ketiga-tiga itu or pas yang PCE&TBE korang boleh jadi agent. Tapi kalau tak pas korang kena repeat balik and bayar duit balik!Soalan dia.. Ohmai.. Nak menagih tau dak!
Aku pernah exam untuk PCE &CELLI. PCE aku kandas, CELLI aku lulus. Banyak senior ejen den pelik apahal PCE aku boleh kandas CELLI aku lulus. Sebab paper CELLI adalah paper yang paling susah dan PCE adalah paper yang paling senang. Kiranya otak aku terlebih advanced lah ni kan? Hikhokhikhok..Bangga sudah! :P TBE? Coming soon. Wish me luck eh. K lah sampai disini sahaja yup.Kalu den terkasar bahaso ko, korang teraso hati ko.. Den mintak maap eh, tak da niat un...Luv u! ;)
P/s: Ada banyak ejen insuran fresh graduate tau and pernah bekerja yang gaji besau! hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan