Assalamualaikum.
Okay, disebabkan dah lama tak hupdate blog, so hari ni ku decide untuk menghidangkan kalian dengan saat saat indah yang berlaku sepanjang minggu lepas.
For your information guys, iolls dah selamat masuk ke alam twenty series. Allhamdullilah dengan izinNya, aku masih lagi dapat bernafas di bumi ciptaanNya. Hokey, first of all, apa yang mengembirakan aku dan membuat aku lagi bersyukur adalah dengan adanya kawan kawan yang agak gila dan membuat aku terfikir, macam mana aku boleh blend in dengan dak dak ghiler perangai ni. Hahaha. Korang pun mesti ada kawan kawan camtu kan?
Nak dijadikan cerita pada hari rabu malam khamis, iolls and my members habis kelas awal so after the class weolls just lepak lepak di rumah. Iolls bazirkan masa iolls dengan tidur di siang hari dan nengok chiter korea pada malamnya(Tu pun lepas habis buat assingment).Tajuknya She Was Pretty. Sangatlah recommend cerita ni sebab banyak pengajaranya besides the actor is so handsome. Ahaks! biasalah, perempuan secool mana pun tetap ada perangai gatai usha laki handsome. Dan iolls and the housemates tergolong dalam kalangan perempuan tu. Hohoho.
So, alkisahnya lepas isyak memang aku memerap je dalam bilik, buat assingment then nengok citer tu.Lepas habis je buat assignment, aku terus bukak pintu bilik luas luas , tutup lampu then tengok citer. Heaven. Rasa macam tengah tengok wayang. Langsung tak peduli dengan my besties and the housemates tengah buat apa dekat luar. Apa yang aku peduli nak habiskan movie ni cepat.
Then dah tengah malam kut, tak sure pukul berapa tiba tiba my two bestie merangkap housemates ku sekarang tiba tiba masuk tanya tengah buat apa. Aku yang tengah fokus ni terus berkata, nengok citer SWP. Then aku hiraukan dia orang seketika. Tetapi fokus ku terbantut apabila satu persatu housemates ku masuk ke bilik ku dengan bertanya tengah buat apa.
Dengan nada malas nak layan "erm, tengok SWP..."
Tu je aku balas, Then aku hiraukan balik dia orang. Kejam? Ye, iolls sangat kejam kalau tengah buat something yang khusyuk tetiba orang mari kacau. Memang istighfar banyak banyak supaya tak keluarkan lahar gunung berapi.Ahaks.
Then bila aku sambung tengok chiter tu, tetiba dengar bunyi orang nyanyi. Bila aku angkat muka, baru perasan tujuh orang my housemates termasuk my besties tengah nyanyi lagu sambil tepuk tangan. Dah pehal dia orang ni? Aku masih lagi melihat dia orang dengan wajah yang sangat blur.
Then aku cabut earphone yang setia di telingaku sejak citer SWP. Padahal satu je earphone yang duk plugin dekat telinga aku, tu pasal leh dengar dia orang nyanyi. Kalau dua dua dah plugin dekat telinga memang idok lah aku nak dengar.
Bila aku dah cabut earpone tu, baru aku dapat dengar lagu yang dia orang nyanyi sambil tepuk tangan dengan girangnya which is
Saeng il Chuk ka hamnida...
Saeng il Chuk ka hamnida...
Aku yang blur ni makin blur. Dah pehal nyanyi lagu ni. Bukan lagu ni Happy Birthday ke? Then, PAP!
Aku dengan kelam kabutnya cari phone, then tengok dah pukul 00.01 and 19 November. Then tengok balik dia orang yang dah tepuk tangan dengan girangnya lepas habis nyanyi. Perasaan? Terharu?
Taklah, aku still blur k! Dia orang pakat gelak tengok muka aku yang memang sangat sangatlah blur. Mana tak eh, duduk je bersimpuh dekat atas katil then tengok dia orang lagi. Then, selang beberapa saat kemudian baru lah aku bangun and said thank you. Tu je. And dia orang still gelakkan aku terutama si master mine, Naeila and Vee.
Bila semua dah wish Happy Birthday dekat aku, semuanya masuk bilik balik, kecuali si master mine. Still dengan gelak tak hengat dia orang. Aku pun sama gelak. Dia orang siap cerita lagi yang dia orang duk and housemates lain sibuk plan dekat ruang tamu nak buat suprised ni. Siap suggest nak menari lagi untuk iolls.
Lagilah aku gelak.Then iolls cakap mekasih bebanyak sebab buat suprised ni then group hugged. :)
* yang pakai jaket Vee, yang pakai jubah Naeila
To be continue~~
Tq for reading this entry... :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan