Khamis, 27 Ogos 2015

Shopping!!!

Assalamualaikum...

Perempuan dan shopping. Memang tak boleh dipisahkan. Ibarat bfffffsss gitu. Tak kira lah shopping apa pun. Asalkan shopping. Kalau cuba pisahkan maka tercetuslah perang dunia ketiga. Ahaks! Poyo. Lelaki pun hantu shopping ko! jangan nak sibuk kata perempuan je eh. Cepuk satgi baru tau!

So, how about me? Gila ko tak suka shopping?! Of course la suka. Hahaha. taklah. Suka gitu gitu je. tak ekstrem sangat macam perempuan perempuan lain. Sebab i is tak fashionista gitu. Malas nak berfesyen sebab entah, tak sampai seru lagi kut. Padahal tak sedar umur dah nak masuk 20 dah. :P

ha, hangkut selagi boleh. :P

Tapi, satu  masalah saya kan. Malas nak keluar rumah. So? Camno eh, nak shopping tapi malas keluar rumah. Camna? Well, hapa lagi. Welcome to the world of online shoppng!!! Heeee. Setakat ni Alhamdullilah, pengalaman online shopping semuanya baik baik je. Takde apa apa nak komplin sebab beli barang yang tak memerlukan measurement.Senang.Kalau nak beli barang barang yang memerlukan measurement, tak berapa berani lagi. tunggulah kalau dah berani sikit, baru beli. Hahaha. :P

Kalau beli online, saya prefer beli dekat laman web diaorang. Senang. Mudah and more efficient i guess. kalau through whatssapp agak makan masa and sometimes ada yang peniaga langsung tak reti nak jaga customer. Penat perhaps. 

Satu lagi, kalau saya beli online, saya tengok yang trusted punya company like zalora, tudungpeople,hansangee nature. Tiga tiga punya company tu alhamdullilah tak cerewet and harga pun kira berpatutan. Kira semua barang yang beli memang tak lari dari yang asal. Macam contoh beli beg ke or shawl, warna sebijik sama macam dekat website punya. Kira tak menyesal lah.Apa? Ingat semua barang dekat  company company tu mahai ka? tak jugak k.Kalau buat sales mahu melopong korang.

Setakat ni, kalau beli dekat insatgram ada satu je. Nama igshop tu minimarket_korea kalau tak silap.kat situ barang barang cosmetik punya. Hahaha. Saja nak ubah angin. And Alhamdullilah, memang puas hati. Harga pun berpatutan. Masa tu beli cushion powder jenama mishha masa dia orang buat sales untuk raya. Masa tu harga dia rm86 sekali postage. Kira hokey lah kan.And, yup! sangat sangat happy sebab beli satu produk je then, dapat free gift daripada dia orang.

Free gift bukan calang calang. Dapat mask thefaceshop and buku mewarna untuk orang dewasa punya. And guess what? Harga buku mewarna tu rm80 !!!! Giloss. Dapat free gift sama macam harga cushion powder, sapa tak happy.  :D

*imma happy girl. :')

Tapi, ceq tak mewarna lagi, sebab takdak colour pencil. Hahaha. ada suggestion pensil warna apa yang menarik kebabom? please. Hahaha. So, konklusinya, nak shopping online ni boleh, tapi ikut bajet, and cari pakar bab bab shopping online ni. saya tak berapa pakar lagi eh. Owh, yes, ada satu lagi laman web yang harga dia memang kebabom punya harga runtuh sampai ko berpinar mata nengok semua brang sebab harga murah nooo.. 

Don't worry dah ramai dah beli dekatt dia orang punya website macam blogger terkenal, fatin liyana, maria elena and terbaru kalau tak silap hakak raisya rania yeap pun pernah jadi duta dia orang. korang bolehlah jenguk jenguk eh. Den pun pernah beli, and Alhamdullilah once again, barang yang sampai memang sama and still bertahan sampai sekarang. Nah, ni nama website dia. nile.com . Pi lah jenguk. :D

And for you guys information, iolls beli barang online ni pun kena dapat restu bonda ceq tau. Sebab bonda ceq tak percaya dengan online bagai ni. And bila dah beli, my mom memang betui betui approve den kalau nak beli barang barang online daripada website tersebut. 


*nak beli apa lagi eh lepas ni ..?? :P


Okie dokie. Sampai sini je eh. Thanks sebab sudi baca  :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan