Sabtu, 27 Jun 2015

HATI

Assalamualaikum.

Ha, awal tak entry kali ni? mesti korang pun pelik kan. Hehehe. Ketahui lah kalian bahawa entry kali ini terupdate kerana saya ingin mengelakkan diri saya daripada tidur selepas subuh which is not really good for our health dan daripada terbabas waktu dhuha. Piss :P

Serius talk, students life. Stay up sampai kepagi dan lepas subuh baru jumpa katil balik. So, siapa yang tak jumpa katil balik lepas subuh tu memang ohsem gileerr bagi saya sebab i is kenot brain that anymore. Hahaha. Memang dah jadi norm untuk student yang kerja stay up nak siapkan assingment lah ni la tu la. Tambah tambah lagi budaya stay up lagi menjadi jadi bila munculnya waktu study week and exam week.Kalau tak terbabas lepas subuh, lepas zohor tido macam tak henggat dunia uolls. Macam dunia ni ana yang punya. Punya lah syok tido sampai pukul lima petang baru bangun. Nasib baik tak terlepas asar.Dan yang tu menyebabkan kebiasaan bagi student termasuklah diri ku.Ngeh.

Hokey, dah taknak merepek banyak. Nak update ni pun pasal Hati. Yup, Hati. Interesting tak? Please lah kata interesting. Ha, tu dia mood ngada plus pelik dah muncul. Heee. Okay, as we all know, hati adalah salah satu organ yang penting untuk kita iaitu sebagai umat manusia dan umat islam kerana seketul daging ni lah yang menzahirkan lahiriah kita sebenarnya. Tudiiaa ayat. Power baq hang. Hek! :P

Okay, kali ni nak cerita pasal hati ni sebab masa zaman bila entah, saya ada tengok kuliah habib ali zainal ali abidin dekat cocombee punya channel. Suka tengok dekat channel tu sebab dia dah sunting video tu kasi cun, kasi padan and marvellous. Tajuk video tu lupa tapi kalau tak silap jangan kejar duniawi ke apa entah. Lupa. Malas nak search balik. Maafkan diriku ini. 

Apa yang boleh saya rumuskan daripada video tu, adalah hati ni memang agak susah nak dididik. Memang kena jaga kasi cun and kasi berkilat sampai licin walaupun tak berapa nak bersinar sangat. Dah nama pun duduk dekat dunia moden ni kan, semuanya sibuk nak kaya nak rumah besar , nak kereta mewah, nak tu, nak ini sampai tanpa sedar kadang kadang kita persoalkan rezeki yang Allah dah bagi dekat kita.

Pengajaran dalam video tu apa yang saya ingat ialah jangan kejar duniawi. Rezeki tu Allah yang pegang. Selagi kita duk kejar duniawi sampai bila bila hati tak tenang sebab kita duk fikir rezeki kita tapi tak pernah pun fikir rezeki tu Allah yang pegang. Selagi kita duk fikir pasal duniawi selagi tulah kita rasa tak cukup dan selagi tulah kita sering mempersoalkan akan rezeki kita.Deep kan? Ya. Itulah perasaan diriku apabila menonton kuliah tersebut. tepat gila ke dasar hati ibarat hati ni direjam lembing bertalu talu. Nanges tepi katil. :'(

Senang je cakap tapi praktikalnya amat susah. Tambah tambah pulak bila kita dah terbiasa benda macam tu dan tak pernah sedar pun kita buat macam tu. Tapi In sya Allah kalau ada azam dan semangat yang utuh mesti boleh didik hati ni. Yelah, hati ni nampak je lembut dekat fizikal tapi dalaman? Huarghh. Kalah batu kerikil keras dia. Keras sebab apa? Hawa nafsu banyak sangat bersarang dekat dalam itu. Sentap! Nanges lagi tepi bucu. :(

In sya Allah, kalau kita dah usaha sedaya upaya, Allah tolong. So, sempena bulan puasa yang mulia ni, jom didik hati. perlahan lahan, supaya kita senang nak istiqamah didik si 'dia' yang degil ni. 

Lastly, Have faith on Him. :)

Macehh sebab baca entry ni ;)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan