Sabtu, 16 April 2011

Kita kan bff...


"Lisa,okay tak nama ini???" Tanyaku pada Lisa.My beloved bff.

"Hu?"Lisa bertanya pelik apabila kertas yang aku hulurkan bertinta `FALIRA' dicapainya.Jelas dia memang bingung.Tengok muka,hurm! Penuh dengan kerutan dekat dahi tu.Ishk,ishk,ishk.Kesian my bff ni.

"Tu nama gabungan kita bertiga lah Lisa.`FA' itu singkatan nama aku,FARA.`LI' tu nama singkatan kau LISA.`RA' tu nama singkatan bff kita seorang ni,Faeira.Amacam.Ok tak?" Sampuk Fara sambil tersenyum bangga.Apa entah yang dibangganya.Haish! Musykil aku dibuatnya.Hem...

"Owh..."Kata Lisa.Owh je? Biar betul dia ni.

"Owh je? Kau ni biar betul Lisa.Aku punya panjang lebar mukadimmah free ke kau. Kau cuma kata owh je?Kan kita kan bff..." Tanya Fara tidak puas hati.Aku mengangguk tanda mengiakan. Betul juga apa yang dia cakap tu,kalau aku cakap macam tu pun mesti aku tak puas hati dengan apa yang si Lisa ni kata.

"Ye ke kita bff???"

"Yelah.Asal kau tanya kita camtu pulak?"Cuak Fara.

"Ye ke? Macam mana kalau kita tak kan jadi bff buat selamanya???" Tanya Lisa. Tersentap Fara dibuatnya.Aku?Aku lagilah.Serupa patung cendana pulak aku rasa.Cuma yang beza antara aku dan patung cendana tu cuma patung cendana tu cantik and putih manakala aku pula hitam and hodoh.Herm..Nasib badan.Walaubagaimanapun, aku still bersyukur sebab dikurniakan 2 orang bff yang berkawan tak kenal erti rupa or something else. Yang paling buat aku terharunya ialah memang mereka akui aku tiada tarikan dari fizikalnya.Memang betul aku hitam.Tapi aku hitam manis,and kalau aku terfikir aku tiada tarikannya dan tiada kecantikan langsung pada diri aku dan aku berpendapat akulah orang yang paling hodoh di antara kami bertiga, aku salah.Mereka kata akulah orang yang paling banyak daya tarikannya dan akulah yang paling tercantik di antara kami bertiga.Sebab meskipun aku tiada tarikan dari luaran,tarikan dalaman aku yang menarik manusia sekeliling ku ambil berat pasal ku.Meskipun aku tiada kecantikan fizikal,kecantikan dalaman aku yang akan membuat manusia sering memerhati diri aku dalam diam. Hurm, sungguh aku terharu, meskipun aku tahu mereka berkata sebegitu rupa hanyalah untuk menyedapkan hati dan fikiran aku.Haish! Apa yang aku melalut meraban ni? Jauh mengelamun ek? Balik pada topik asal. Kenapa ek Lisa kata macam tu? Hurm...

"Ke..Ke..Kenapa kau tanya macam tu Lisa?"Tanya Fara.Aku pula hanya membatukan diri.

"Apahal?Salah ke kalau aku tanya?"Tanya Lisa lagi. Melopong mulut Fara dibuatnya.Aku mula cuak.Cuak dengan soalan yang diutarakan oleh Lisa.Tambah-tambah lagi si Lisa ni ketawa bagai nak rak. Apalagi,aku dan Fara mulah buat kerutan serupa nenek tua.Muncung kita orang pun makin panjang. Boleh buat penyidai kain beb!

"Korang ni lawaklah.Korang patut tengok muka korang tadi tau,serupa nenek tua.Hahaha..." Aku dan Fara yang sudah mengerti akan sebab mengapa si Lisa ni ketawa bagai nak rak, mulai merasa geram.

"LISA!!!" Teriak kami berdua.Lisa yang mendengar akan teriakan kami sudah membuka langkah seribu.Apalagi,terjadilah adegan kejar mengejar di dalam kelas 2 FIRDAUS-NAIM..Mujur takde orang lelaki.Kalau tak, haru dibuatnya.Haish!

**********************************************************************************

"Korang,korang dapat berapa A?" Tanya aku akan result PMR yang baru dimaklumkan akan keputusannya hari ini kepada dua orang my bff. Kedua-duanya berwajah sugul.Tahulah aku akan jawapan mereka.

"Aku tak bijak macam kau denga Lisa.Kau straight A,Lisa 5A,aku? Aku cuma dapat 2A je. Habislah terkubur niat aku untuk masuk ke kelas sains. Dahlah Bahasa Melayu dengan Math je aku A. Sains? Herm,B.."Kata Fara.

"Ala,okaylah tu Fara.engkau boleh ambil aliran akaun.Bukan ke kau minat math lebih berbanding science? Sebab tulah kau dapat A dalam math." Pujuk Lisa.Aku tersenyum apabila melihat scene pujuk memujuk berlaku di hadapan aku.

"Ye tak ye jugak kan.Herm...betul juga.Okay lah.Aku amik aliran akaun.Korang mesti amik aliran sains kan? Betul tak?" Tanya Fara.Aku hanya mampu mengangguk dan tersenyum tanda mengiakan,manakala Lisa membatukan diri.

"Lisa,asal kau diam ni?"Tanya Fara kepada Lisa ketika Lisa mendiamkan diri dan tidak menunjukkan apa-apa respon terhadap pertanyaanya sebentar tadi.

"Girls...Aku rasa aku tak nak ambil aliran sains lah.Aku nak ambil aliran sastera." Jawab Lisa setelah mendiamkan diri beberapa minit yang lalu.Aku Terpempam akibat jawapan yang diutarakan olehnya.Sementara Fara menjungkitkan kening tanda tidak mengerti akan apa yang disampaikan oleh Lisa sebentar tadi.

"What?! Aku tak faham lah Lisa.Tak kan kau tak nak ambil aliiran sains?Kau kan berkelayakan.5A Lisa,5A!Please don't make stupid..."

"Fara,aku tahu apa yang aku buat ni.Look,memang betul aku dapat 5A, tapi math dengan sains akukan aku dapat B.Aku tak nak perkara ni berlaku lagi bila kita semua ambil result SPM dua tahun akan datang.Aku tak nak aku menyesal dengan keputusan aku yang akan aku gapai apabila aku buat keputusan untuk menduduki aliran sains,and the most importantly right now, i don't want my mother and my father dissapointed with me dengan keputusan SPM yang akan datang."

"Eventhought my father and my mother rich,tak bermaksud yang aku tak boleh belajar dengan betul kan? Aku tahu, kalau keputusan aku teruk masa SPM nanti,aku tetap boleh masuk ipta/ipts sebab ada duit untuk sambung belajar dekat mana-mana.Tapi aku tak nak masuk disebabkan duit tapi aku nak masuk ipta/ipts disebabkan kecemerlangan yang akan aku gapai masa keputusan SPM yang akan datang.Korang faham kan maksud aku?"

Kebabom!!!

Itu dia!!! Kalau si Lisa ni cakap memang tak nak berhenti ke apa? Dahla aku sedih dia tak nak pilih aliran sains,tambah lagi dengan pilihan dia nak pilih aliran satera kalau aliran akaun tu takpe ar jugak,ni aliran satera?.Aku bukan apa,tahu-tahu je lah budak-budak aliran satera ni macam mana.Teruk giler!!! Aku takutlah dia ni terpengaruh,macamlah aku tak tahu perangai si Lisa ni macam mana.Mudah terpengaruh!!!Herm... Nak bagi ke tak nak ar???

"Ira...Kau faham kan maksud aku???" Tanya Lisa.Aku pula hanya melemparkan pandangan kosong tepat ke arah mukanya.Pandangan membunuh aku...

"Oitt,kau ni pandang Lisa macam nak makan je apahal??? Dia cuma bagi pendapat dia je kan.Tak kan salah beb! Lagipun kalau dia ambil aliran satera dia mesti...Auchh sakitlah nyong!!!" Rungut Fara sakit apabila pendapatnya dipotong oleh aku dengan menjotos kepala dia.Hehehe... Jahat juga aku ni kan. Patutlah si Fara ni tut sangat. Hehehe.Agak-agaknya kalau dia dengar apa yang aku cakap ni,apa yang akan jadi ka aku ek? Huish!

"Tau pun sakit.Apa kau ingat aku ni gf si Lisa ker, sampai aku nak kongkong dia macam tu sekali? Kalau dah tu pilihan dia,aku kena ikutlah...Aku bukannya apa-apa untuk dia pun.Cuma kawan je,bukan mak dia or gf dia.Besides, aku normal lagi okay."Terang aku panjang lebar.Terkebil-kebil Fara dan Lisa memandang aku.Herm..

Mesti dia pelik sebab aku bagi persetujuan drastik macam tu je tanpa memikirkannya selama beberapa hari.

"Betul ke ni Ira?" Tanya Lisa teragak-agak. Fara pula menangguk-angguk macam burung belatuk.Al-maklumlah si Fara ni adik beradik dengan burung belatuk.Haish aku ni.Tak habis-habis nak kutuk kawan aku tu.Kalau lah dia tahu,naya aku!!!

"La betul lah.Kau ingat aku ap..." Kataku tergantung apabila Lisa memeuk aku secar tiba-tiba.

Aiyer...

Dia ni tak tahu ke aku ni sensitif...

"Thanks Ira...Kaulah bff aku.Sumpah seumur hidup aku tak kan lupakan kau." Sumpah Lisa.

"Ye,ye...Kalau nak terima kasih pun jangan lah sampai peluk macam tu, kau kan tahu aku ni sensitif. Nanti tak pasal-pasal orang ingat aku ni les.." Kata aku setelah Lisa meleraikan pelukannya yang hampir membuatkan aku lemas. Haish! Dahla busuk bau peluh.. `Maccam' lah pulak dia ni...

"Opsss... Sorry." Maaf Lisa.

"Yo. Eden maafkan,yang penting kau tak kan mudah terpengaruh and the most importantly don't ever you forget us.Okay??" Tanya aku pada Lisa yang sedang tersenyum macam kerang busuk.

"Ha'ah, aku setuju dengan Ira.Janji tau, yang kau tak kan `berpaling tadah' dengan kita orang and jangan lupakan kita orang.Ada paham Cik Lisa." Sampuk Fara. Lisa mengangguk tanda bersetuju. Aku dan Fara tesenyum lantas kami betiga saling memandang dan berkata...

"Kita kan bff!!! Hahaha"Kata kami bertiga. Sungguh aku tak akan melupai detik macam ni.Uhuk!!!

Tanpa disangka-sangka aku dapat menangkap sepasang mata mengintai kami bertiga daripada jauh lantas menghadiahkan senyuma bahagia dan berlalu.. Siapakah gerangan manusia tersebut???

BERSAMBUNG....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan