Esok adalah hari penentuan semua budak form 3
termasuk aku..
Esok adalah hari dimana semua budak form 3
mengetahui keputusan peperiksaan yang telah
dijalani pada bulan oktober hingga november..
Esok juga adalah hari yang amat bermakna untuk
semua budak form 3 yang mencapai kejayaan mereka...
Hemmm..
kurang daripada 24 jam...
Semua budak berumur 15 tahun
yang bersekolah dan menduduki
peperiksaan terpenting pada bulan
oktober-november akan mengetahui keputusan
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang telah mereka
jalani...
Wish you all the best...
Kepada yang gagal memperolehi straight A
jgn khuatir... kerana kita masih lagi ada masa
untuk menebus kegagalan kita pada masa yang
akan datang..
Kerana 2 tahun dari sekarang,kita akan menempuhi
peperiksaan yang lebih mencabar daripada sekarang..
kerana peperiksaan 2 tahun yang akan datang itulah
yang menentukan hala tuju kita semua...
Sesungguhnya, peperiksaan itulah yang amat bermakna
untuk kita.. iaitu peperiksaan SPM..
PMR hanyalah ujian yang menentukan kita berada di kelas
mana dan sekolah mana.. Sama ada di kelas sains, akaun,
perdagagan,sastera dan lain2... Sama ada di sekolah berasrama penuh,
Maktab rendah sains mara,Sekolah teknik dan juga sekolah vokasional.
Tetapi...
SPM ialah penentu hidup kita..
Kita tidak diberi pilihan kecuali
kita bisa menempah kejayaan di peperiksaan tersebut..
SO!!!
Jgnlah sedih sangat kalau xdapat straight A..
kita kena tabah menghadapinya kerana masih ada
satu lagi peperiksaan yang amat mencabar diri kita...
peperiksaan yang menentukan hala tuju kita..
Bangkitlah dari kesedihan anda dan berubahlah
demi masa depan kita....
sesungguhnya nasi tidak berubah menjadi bubur lagi..
jadi berusaha dengan lebih keras lagi
tidak ingin nasi menjadi bubur pada masa 2 tahun akan datang..
SO..
GOOD LUCKS TO ALL OF YOU!!!
:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan